Black Rose Russian Cake For You Papa

Author: Unknown // Category:



14/12 ... 

Fuhhh, sangat ralat sepanjang hari ini kerana dari awal pagi terpaksa attend taklimat dan talk ibu bapa tentang kemasukan anak ke tadika Tunas Permata UKM, si adik Aryan pula tak sihat ditambah dengan flu dan batuk..

Tapi, hari ni juga merupakan hari yang bermakna bagi kami sekeluarga kerana hari ini merupakan hari kelahiran suami tercinta...niat di hati hendak buatkan kek birthday untuknya dengan hasil tangan sendiri.. Birthday guy tiada kerana berkursus di Melaka, jadi harap dapatlah siapkan kek sebelum dia pulang kerumah insyaAllah malam nanti.

Habis sahaja taklimat di Ukm tengah hari tu terus bergegas ke rumah untuk buat kek. Ingatkan nak cuba buat kek Black White Russian Cake, namun ada bahan tak cukup dan tak de stok kat rumah. Ermm tak syok nye.. Tapi kene juga buat kek yang berasaskan coklat kerana coklat memang favourite  en.abg.. Nampak gayanya buat je la kot based on barang yang ada kerana nak singgah kedai macam da ambil masa.

Maka terhasil la kek chocolate moist dengan ala-ala Russian cake tu.. So maby boleh namakan dia Black Rose Russian cake la kot sebab bukan white sebaliknya red rose, boleh ke? Suka suka je kan ^_^ ....


Harap en.Abg suka walaupun tak berapa nak kemas yang penting dihasilkan dengan penuh kasih sayang.. Semoga papa sentiasa diberi kesihatan yang baik dan kesejahteraan.. Terima kasih juga kerana sentiasa memastikan kami mendapat yang terbaik dalam apa jua keadaan... 
We oweyz luv u papa.. 6_^