Cake Buah Kukus

Author: Unknown // Category:



Kek Kukus Lembap

Bahan A

250 gm butter
250 gm buah-buah kering campuran mixt fruit
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B (Ayak)
350 gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat ( 10 gm)
1/2 sudu kecil  cream of tartar ( 3 gm)
1 sudu kecil serbuk buah pala ( 3 gm) -optional, sy tak letak

Bahan C (Gula Hangus)
300 gm gula halus/ Pasir (2 cawan)
50 ml air (1/4 cawan)

Cara Penyediaan:
Panaskan gula pasir di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga gula cair dan berwarna perang. Tuangkan air dan kacau seketika sebelum dimasukkan butter. Terus masak sehingga cair.

Masukkan mixed fruits dan kacau sehingga mendidih dan tutup api. Ketepikan dan sejukkan sebentar sehingga agak suam.
Masukkan semua bahan ayak ke dalam adunan buah tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan esen vanila. Jangan terlebih kacau takut buah mendap.

Panaskan air kukusan. Masukkan adunan ke dalam  bekas saiz 10" dan kukus selama 4 - 6 jam di dalam pengukus. Bungkus tutup pengukus dengan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan butter.

Lagi lama dikukus lebih lembab dan tahan lama. Kukus dengan api yang sederhana pada 3 jam yang pertama dan selepas itu dikecilkan api.  Pastikan ditambah dengan air panas untuk menambah air.

Bila kek masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek sejuk di dalam pengukus untuk mengelakkan buah mendap. Bila sejuk, bolehlah dikeluarkan dari loyang dan potong telah benar benar sejuk. Lagi baik jika dibiarkan semalaman di atas meja sebelum dipotong.














Japanese Cotton Cheese with Snow

Author: Unknown // Category:






Red Velvet Cake

Author: Unknown // Category: ,






Red Velvet

Bahan-bahan

Bahan A. 
250g tpg gandum
1sk baking powder
2sb serbuk koko
*gaul dan ayak adunan A

Bahan B. 
125g butter
Gula kastor 300g
* pukul B. 

Bahan C. 
1 cwn/ 240 buttermilk
-------------------------------
@ 240ml susu + 1 sudu cuka mkn @ 1 sudu jus lemon @ 1 3/4 cream tartar
*campurkan dan biarkan 10 minit

Bahan D. 
2bj telur A
3sk pewarna merah
1sk esen vanila

Bahan E. 
1sk cuka mkn
1sk soda bikarbonat

Cara penyediaan:

1. Pukul B pd kelajuan sederhana
2. Masukkan D.
3. Masukkan A dan C. (Berselang seli)
4. Sediakan bancuhan cuka E. 
5. Masukkan E ke dalam adunan dan gaul sebati (sekejap sahaja)
6. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada 150 selama 40 minit @ sehingga masak.

Cream cheese frosting:
250g cream cheese
125g butter
100g gula icing
1sd jus lemon
* boleh tambah 1/2 cup whiping cream

*pukul sehingga kembang dan sapukan pada kek.






Charity for Jom Jalan-Jalan @ Floria Putrajaya

Author: Unknown // Category: