Showing posts with label Cake - Recipe. Show all posts
Showing posts with label Cake - Recipe. Show all posts

Resepi asas kek sponge gebu

Author: Unknown // Category:


Bahan A
4biji telur
3/4 cawan gula @ 80g
Ovallete 1 1/2 sb
creamy vanila paste @ esen vanila
*1sk coklat emolco - jika buat sponge coklat
- campurkan semua dalam 1 bowl

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum @ 135g tepung (*1/4 = sudu 4sb)
1sk baking powder
1/2 cawan tepung jagung @ 60g
4sb susu tepung
*serbuk koko 3sb

Bahan C
4sb minyak jagung/ masak

Cara Penyediaan:
1.masukkan bahan B ke dalma bahan A
2.pukul hinggal naik gebu..
3.setelah gebu  masukkan bahan C
4.masukkan ke dalam loyang 7" yang dah di sapukan minyak
5.bakar pada suhu 160 dengan api atas bawah selama 45 mnt atau bergantung kepada oven
6.setelah masak keluarkan dari loyang bagi mengelak kek mendap

Apam Coklat Mekar & Gebu

Author: Unknown // Category: ,

Apam Coklat Mekar Gebu







Resepi Apam Coklat Gebu
Bahan A
2 bj telur
1 1/2 cwn gula
1/2 cwn susu pekat

Bahan B
2 cwn tpg gandum
1 cwn serbuk koko
1sk baking powder
1sk soda bkarbonat
1sk esen vanila

Bahan C
1 cwn susu segar
1 cwn minyak masak
1 cwn air panas

Cara Penyediaan:
1. Pukul / kacau bhn A sehingga sebati
2. Ayak & Masukkan bahan B
3. Masukkan bahan C brselang seli (air panas adalah yg terakhir)

Apam smiley

Author: Unknown // Category: ,
Tempahan Apam polkadot ❤untuk hari keusahawan sekolah hari ni, Alhamdulillah 😊..  
tersenyum ai tgk u.. :)





resepi ada dibawah ye 😊

Resepi Apam Polkadot
Bahan A
3 bj telur
200g gula
1 1/2 sk ovellete

Bahan B
260g tpg gandum
3 sk baking powder
1 sk esen vanilla
Bahan C
150ml susu segar
*anggaran mghasilkan 50 pcs

1. Pukul bahan A sehingga kembang dan gebu
2. Ayak/ Masukkan bahan B
3. Masukkan bhn C
4. Kukus 20-30 minit

Chocolate Velvet Lego Cake

Author: Unknown // Category: , ,






Resepi Kek Chocolate Velvet :

Bahan A
170g butter/ mentega
350g gula castor
3 biji telur

Bahan B
350 ml Whiping Cream/ Yogurt
1 sb Cuka/ Jus lemon
* satukan bahan B dan biar selama 10 minit

Bahan C
375 Tepung Gandum
20g serbuk koko
1sk Baking Soda
2 sk esen vanila


Topping Cheese
250g Cream Cheese
80g gula icing
180ml Whiping cream






Apam Susu

Author: Unknown // Category: ,



Apam susu gebu

Resepi:

Bahan A
4biji telur
1cwn gula pasir
1sudu besar ovellete

Bahan B
2cwn tepung gandum
4sudu besar susu pekat manis
1sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna

cara2:-
-panas dan didihkan periuk kukusan
-pukul Bahan A sehingga naik & gebu
-campur Bahan B sedikit2 & kacau sebati
-asingkn sedikit adunan & warnakan
-sapu minyak pd loyang
-tuang adunan berselang seli setiap warna
-kukus 30-40 minit.

Red Velvet Cake

Author: Unknown // Category: ,






Red Velvet

Bahan-bahan

Bahan A. 
250g tpg gandum
1sk baking powder
2sb serbuk koko
*gaul dan ayak adunan A

Bahan B. 
125g butter
Gula kastor 300g
* pukul B. 

Bahan C. 
1 cwn/ 240 buttermilk
-------------------------------
@ 240ml susu + 1 sudu cuka mkn @ 1 sudu jus lemon @ 1 3/4 cream tartar
*campurkan dan biarkan 10 minit

Bahan D. 
2bj telur A
3sk pewarna merah
1sk esen vanila

Bahan E. 
1sk cuka mkn
1sk soda bikarbonat

Cara penyediaan:

1. Pukul B pd kelajuan sederhana
2. Masukkan D.
3. Masukkan A dan C. (Berselang seli)
4. Sediakan bancuhan cuka E. 
5. Masukkan E ke dalam adunan dan gaul sebati (sekejap sahaja)
6. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada 150 selama 40 minit @ sehingga masak.

Cream cheese frosting:
250g cream cheese
125g butter
100g gula icing
1sd jus lemon
* boleh tambah 1/2 cup whiping cream

*pukul sehingga kembang dan sapukan pada kek.






Rusian Black And White Cake

Author: Unknown // Category: ,



Kek Coklat Lembab

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan dan ayak semua bahan

Bahan B
3 biji telur (saiz A)
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung
2 sudu besar susu pekat manis (Untuk dapatkan kek yang lebih moist dan lembut )

Bahan D
250 ml air panas

Cara Penyediaan
Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair
Pukul hingga sebati
Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.



Krim Keju Moca

Bahan A
12 gm halal gelatin
60 gm air

Bahan B
400 gm krim keju
2 sudu teh Nescafe segera ~ boleh juga letakkan pes Moca
60 gm gula icing

Bahan C
300 gm Krim Putar bukan tenusu

*Satukan gelatin dalam air
Kemudian cairkan secara kukusan


Cara Penyediaan

Satukan bahan B
Pukul hingga lembut
Campurkan gelatin dan pukul hingga licin
Dalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais


Chocolate Ganache

Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos ~ ita lupa nak letak dalam gambar
*sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek

Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega
1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka

Cara Penyediaan
Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
Sejukkan
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais



Kaedah Penyediaan

Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan
Letakkan 1 keping kek atas lapik kek
Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata.
Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek
Ini bertujuan untuk melembabkan kek
Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca
Lakukan berselang seli sehingga habis
Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe.
Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong
Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek

Kemaskan tepi kek
Simpan sebentar dalam peti ais
Kemudian salutkan atau lempa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek
Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras

Ambil lebihan Garnache dan cairkan dengan kaedah kukusan Double boiler
Alihkan kek atas redai
Alas redai dengan loyang supaya lebihan garnache tumpah ke dalamnya
Tuangkan garnache atas di tengah kek, kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan menyaluti keseluruhan kek
rehatkan sebentar

Simpan kek dalam peti ais hingga ganache mengeras
Hias kek mengikut kreativiti.



Kek Chiffon Coklat

Author: Unknown // Category: ,




Bahan A 
4 kuning telur A
135 ml air / susu cair
85 ml minyak jagung
100g gula halus
135 tpg gandum
15g serbuk koko
1 camca teh baking powder
1 camca teh vanilla
1/4 camca teh garam halus

Bahan B (meringue)
4 putih telur
90g gula halus
Secubit cream of tartar

Cara penyediaan

1. Pukul bahan B (meringue) sehingga benar-benar kembang. Untuk pastikan kembang, ia akan menjadi kental dan tidak jatuh apabila mangkuk diterbalikkan @ akan mnjadi seperti tanduk bila adunan di tarik2 ke atas.

2. Dalam mangkuk lain, pukul bahan A sehingga sekata. Bila dah sekata sendukkan adunan B ke dalam adunan A dan kaup terbalikkan sehingga sebati..

3. Bakar 140• selama 45 minit @ sehingga ia masak.

4. Tunggu sejuk dan ia sedikit kecut dari tepi loyang untuk mudah keluarkan dari loyang..

5.Sedia untuk dihidang.. Sangat gebu dan sedap...

Carrot Cake @ Kek Lobak

Author: Unknown // Category:

CARROT CAKE  #1


Bahan-Bahan :

125 g mentega
2/4 cawan gula halus
1/4 cawan gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (saya pakai t.gandum + b.powder + soda bikarbonat)
2 biji telur gred A
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boleh ganti dgn susu cair)
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan parutan lobak merah
1 genggam isi kacang pistachio, cincang kasar (jika suka) - sy tak letak

Creamcheese frosting :

125gm creamcheese
60gm butter
60gm gula icing ~ diayak
1sudu sunquick

Cara-cara :


  • Panaskan oven pada suhu 175C.
  • Lenser loaf tin berukuran (9 x 4 x 3.5) inci dengan mentega, @ alas dasar tin dengan kertas minyak. 
  • Ambil 2 camca besar tepung dalam resipi tadi dan gaul dengan lobak parut hingga rata, (supaya carrot tidak tenggelam di dasar). Ketepikan.
  • Putar mentega bersama gula halus dan gula perang hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang dan gebu. 
  • Pada kelajuan sederhana, masukkan esen vanilla diikuti terpung berselang seli dengan whipping cream (atau susu cair), hingga habis, kacau rata.
  • Tambah lobak merah, dan cincangan kacang pistachio. Gaul sebati. 
  • Tuang dalam tin tadi dan bakar 45 minit atau hingga masak. 
  • Uji kek dengan mencucuk lidi di bahagian tengahnya, jika lidi tadi keluar bersih, tandanya kek telah masak.
  • Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. 


Selamat menjamu selera 6_^.....



Cheese Tart

Author: Unknown // Category:

Blueberry Cheese Tart 


Bahan untuk Pastry :-
• 125 gm mentega / margerin
• 60 gm gula aising
• 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
• 240 gm tepung gandum

Bahan untuk Cheese Filling :-
• 250 gm cream cheese
• 50 gm gula aising
• 20 gm mentega (lembutkan) - saya tak letak
• 1/2 sudu besar perahan lemon
• 1 biji telur (gred B)
• Blueberry pie filling

Cara-cara

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
2. Untuk membuat pastry: - pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit . Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.

3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.

4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.

- kalau buat banyak leh simpan dlm freez supaya tahan lama.. anak-anak mesti selalu intai n kerap buka peti ais tu tuk mkn as kudapan dier,, so sweet... -

 - Selamat mencuba yer,

CARAMEL RAINBOW CAKE

Author: Unknown // Category:

CARAMEL RAINBOW CAKE



BAHAN BAHAN

GULA HANGUS
 2 @ 4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingga gula mencair

BAHAGIAN ATAS  ( KARAMEL )
1/2 tin ( 1 cawan ) susu cair FN ( tin biru pink )
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati perlahan

LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 sudu teh baking powder ( sudu kfc )
50 ml minyak masak/jagung
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingga kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder. Kacau sebati

MERINGUE  ( B )
6 telur putih ( jangan ade  walaupun setitik kuning telur @ setitk air pun ) nanti meringue tak menjadi
70 gm gula castor
1 tsp krim of tar tar
Putar hingga adunan menjadi kental dan tak jatuh jika di terbalikkan.

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA, kemudian bahagikan untuk diwarnakan ikut warna kegemaran.

1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnakan dan diperisa kan secara berselang-seli

    (adunan takkan tenggelam dalam karamel )
3.Panas kan oven selame 10 minit
4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertama bakar gune api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah
6. Bila kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinye dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan dan lap dengan tisu jika lebihan air gula melimpah.
JOM cuba tuk family terchenta...

Kek Coklat Kukus

Author: Unknown // Category:

Kek Coklat Kukus/ Kek Cawan Coklat Kukus  #1 

Bahan-bahan:
Bahan A
3 biji telur
1 Cawan gula

Bahan B
1 Cawan serbuk koko
1 Cawan susu cair
1 Cawan minyak masak/ jagung/ mentega cair
1/2 Cawan susu pekat manis (kalau xpakai susu pekat boleh lebihkan gula)

Bahan C
1 1/4 Cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

  1. Pukul bahan A hingga kembang. 
  2. Masukkan bahan B dan gaul rata.
  3. Ayak bahan C dan campurkan ke adunan tadi.
  4. Setelah sebati masukkan ke dalam loyang / paper cup.
  5. Didihkan air dalam periuk pengukus dan masukkan adunan tadi.
  6. Kukus selama 20-30 minit bagi saiz paper cup dan 50-60 minit bagi adunan loyang
  7. Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum diletakkan topping coklat / icing.


Topping Coklat #1
1 Sudu besar marjerin/butter
250g coklat masakan
130g Whiping Cream

Topping Coklat #2
Coklat Masakan
Whiping Cream

Cake Topping / Coating

Author: Unknown // Category:

Butter Cream


ButterCream #1 (** yg selalu saya guna)

125g Butter
250g krimwell/ marjerin putih
100g gula icing
1Sb susu pekat


ButterCream #2

250g butter/ shortening
125g marvello/supertact/creamewell
125g gula icing

Cara - cara
Pulul butter + krimwell hingga Gebu
Masukkan bahan2 lain dan pukul/ kacau hingga sebati
Boleh mula menghias kek


Chocolate Ganache


Ganache #1 **
1 sb besar mjerin
250g coklat masakan
(@125g coklat + sedikit serbuk koko)
130 whiping cream
1 sb susu pekat manis ( + jika suka manis)

Ganache #2
@ coklat masakan+ whiping cream

Cara - cara
Masukkan/ campurkan kesemua bahan
Didihkan atas api perlahan / boleh juga guna secara Double boiler
Kacau hingga sedikit memekat.
Apabila sedikt sejuk boleh mula tuang di atas kek




Cream Cheese Frosting


250g Cream Cheese
120g Butter
120g gula icing
1sk pati sunquick / perahan lemon (jika suka)

Cara - cara
Pukul butter dan cream cheese hingga gebu
Masukkan gula dan sunquick dan kacau hingga sebati
Boleh mula menghias kek..