Showing posts with label Cake - Layer. Show all posts
Showing posts with label Cake - Layer. Show all posts

Kek Lapis Pandan

Author: Unknown // Category:



Resepi Kek lapis pandan (Pandan Layer Cake)

Bahan Custard/ kaya:
1000g Santan + Air  ( @santan 200g + air)
10g Serbuk agar-agar @ sepeket
1cwn gula
1pck/ 100g tepung Hoen Kwee
100g jus/ perahan pandan
pewarna hijau

Cara penyediaan:
Campur kesemua bahan ke dalam periuk.
Kacau sehingga sebati dan tidak berketul
Masak sehingga pekat dan likat berkilat.
Tuang di setiap lapisan kek yang telah dipotong sehingga habis.
Tabur parutan kelapa kering.
Tunggu sejuk sebelum dipotong dan dihidang



Kek Lapis Pandan with Fresh Cream

Author: Unknown // Category:

Morning(^_^) Mulakan hari dengan senyuman n of course Bismillah... 
jom layan Kek lapis pandan. Tqvm sebab sudi order n maaf dengan kekurangan y ada ye .. 6_




Sponge Bob Cake

Author: Unknown // Category: , ,



Rainbow Cake

Author: Unknown // Category:



Kek pelangi.... Huahua.. Selalu dok buat kek karamel pelangi je kan and now buat kek lapis pelangi pula...


Piece of cake ...



Nama pun kek lapis kan so cara bakar pun kene la selapis demi selapis.. Hope hasilnya tidak mengecewakan la hendaknya..


Adunan yang telah siap dibahagi dan diwarnakan.. Jom kita tengok resepi dia... ^_^



Resepi Rainbow Cake

Bahan bahan:
250g mentega/ butter
200g gula castor
220g tepung kek/ gandum
1 sk baking powder
4 biji telur (gred A)
3/4 cawan susu segar/susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna

Cara Penyediaan:
1. Pukul mentega dan gula castor sehingga kembang dan putih.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila. Gaul hingga rata.
4. Bahagi adunan kepada 5 @ 6 bahagian. Warnakan mengikut warna yang disukai. (Rasanya lebih baik buat 5 lapisan saja agar tidak nipis dan mengelakkan keras bila dibakar)
5. Bakar adunan selapis demi selapis selama 15 minit pada suhu 150.
6. Setelah kek masak, biarkan sejuk baru dan lapis dengan krim.
7. Salut kek dengan toping mengikut frosting yang disukai.. 

Pandan Layer Cake

Author: Unknown // Category:


Morning.. Hujung-hujung minggu ni dengan cuaca yang mendung jom kita layan kek lapis pandan.. Hero saya kata kek salji.. Salji pun salji la... 

Kek ni lebih sedap makan time sejuk.. Syokkk gitu dengan lemak2 dan lembap2 kastad pandan... Yummie..

KEK SPAN PANDAN
150 gm tepung kek/ gandum/ super fine
150 gm gula kastor 
5 biji telur telur (gred A)
1 sudu besar ovalette 
80 ml susu segar / air pandan
80 ml minyak / mentega cair 
1 sudu teh pes pandan 
1 sudu teh baking powder
sedikit pewarna hijau


KASTAD PANDAN
Bahan A
500 ml air daun pandan 
1 sudu makan serbuk agar-agar segera
180 gm gula kastor 

Bahan B
400 ml santan pekat 
85 gm tepong hoen kwee
1 sudu teh pewarna hijau 
secubit garam

Untuk hiasan
1 cawan kelapa kering



CARA PENYEDIAAN KEK SPAN:
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masukkan ovalette dan pukul hingga ringan dan gebu.
Masukkan tepung dan serbuk penaik.
Masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau.
Pukul lagi sehingga aduan kek menjadi lebih ringan. ( tinggikan kelajuan sedikit)
Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati. 
Sediakan loyang ukuran 8inci dan griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius
Bila dah masak keluarkan dari oven dan  lebih kurang 5 minit telangkupkan atas redai kek Untuk elak kek mendap atau penyek
Bila dah sejuk kek span di hiris kepada 2 @ 3 bahagian. Ketepikan

CARA PENYEDIAAN CUSTARD:
Untuk custard campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. 
Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau hingga gula hancur.

Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. 
Masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. 
Sediakan acuan bulat atau petak mengikut loyang kek yang diguna (guna jenis loose tin lagi mudah untuk keluarkan kek)
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan dan tuang kastad.
Letakkan lapisan kedua dan seterusnya. Ulang langkah ini sampai kek habis dilapis
Tabur sedikit kelapa kering agar melekat sedikit pada kastad
Hentakkan sedikit acuan agar kastad padat dibahagian bawahnya. 
Tunggu kek sejuk dan masukkan dalam peti sejuk
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . 
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa.

Sedap ketika makan semasa sejuk.. Lemak lemak manis dan gebu gitu.. Yummie ^_^