Pandan Layer Cake

Author: Unknown // Category:


Morning.. Hujung-hujung minggu ni dengan cuaca yang mendung jom kita layan kek lapis pandan.. Hero saya kata kek salji.. Salji pun salji la... 

Kek ni lebih sedap makan time sejuk.. Syokkk gitu dengan lemak2 dan lembap2 kastad pandan... Yummie..

KEK SPAN PANDAN
150 gm tepung kek/ gandum/ super fine
150 gm gula kastor 
5 biji telur telur (gred A)
1 sudu besar ovalette 
80 ml susu segar / air pandan
80 ml minyak / mentega cair 
1 sudu teh pes pandan 
1 sudu teh baking powder
sedikit pewarna hijau


KASTAD PANDAN
Bahan A
500 ml air daun pandan 
1 sudu makan serbuk agar-agar segera
180 gm gula kastor 

Bahan B
400 ml santan pekat 
85 gm tepong hoen kwee
1 sudu teh pewarna hijau 
secubit garam

Untuk hiasan
1 cawan kelapa kering



CARA PENYEDIAAN KEK SPAN:
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masukkan ovalette dan pukul hingga ringan dan gebu.
Masukkan tepung dan serbuk penaik.
Masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau.
Pukul lagi sehingga aduan kek menjadi lebih ringan. ( tinggikan kelajuan sedikit)
Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati. 
Sediakan loyang ukuran 8inci dan griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius
Bila dah masak keluarkan dari oven dan  lebih kurang 5 minit telangkupkan atas redai kek Untuk elak kek mendap atau penyek
Bila dah sejuk kek span di hiris kepada 2 @ 3 bahagian. Ketepikan

CARA PENYEDIAAN CUSTARD:
Untuk custard campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. 
Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau hingga gula hancur.

Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. 
Masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. 
Sediakan acuan bulat atau petak mengikut loyang kek yang diguna (guna jenis loose tin lagi mudah untuk keluarkan kek)
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan dan tuang kastad.
Letakkan lapisan kedua dan seterusnya. Ulang langkah ini sampai kek habis dilapis
Tabur sedikit kelapa kering agar melekat sedikit pada kastad
Hentakkan sedikit acuan agar kastad padat dibahagian bawahnya. 
Tunggu kek sejuk dan masukkan dalam peti sejuk
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . 
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa.

Sedap ketika makan semasa sejuk.. Lemak lemak manis dan gebu gitu.. Yummie ^_^

0 Responses to "Pandan Layer Cake"

Post a Comment