Showing posts with label Biskut - Tart Pelbagai. Show all posts
Showing posts with label Biskut - Tart Pelbagai. Show all posts

Biskut Tart Nanas Sedap

Author: Unknown // Category:





Resepi Tart Nanas sedap:

500g butter
1sdb minyak sapi (optional)
2sdb gula icing
2sb susu (optional)
2bj kuning telur
8 cwn t.gndum
2sdb t.kastard
2sdb t.jagung

Biskut Tart Chocolate Cadbury Sedap

Author: Unknown // Category:




Resepi Tart Chocolate Cadbury:

Bahan-bahan:
500g butter/ marjerin
1 s/b minyak sapi (optional)
2s/b gula icing
2 s/b susu tepung
2 bj kuning telur

8 cwn t.gndum
2 s/b t.jagung@ t.beras

Pukul butter dan gula serta susu
Ayak tepung dan Uli hingga xmelekat di tangan..
Terapkan dan letakkan coklat
Sapukan kuning telur
bakar 30minit suhu 180c,api atas bawah/sehingga masak

Tart Blueberry Gulung

Author: Unknown // Category:


Tart blueberry tak juga kurang enaknya seperti tart nenas.. aroma dan masam manis blueberry  buat kuih ni lagi best dan sedap. Sangat syok bila kerapuhan tepung tu bercampur dengan masam manis blueberry di dalam mulut.... yummie..


Resepi Tart Blueberry Gulung

Bahan-bahan:
250g butter/ mentega
400g tepung gandum -(kalau nak rasa yang rapuh & gebu boleh guna 300g tpg gandum + 100g tpg jagung)
50g gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1sudu minyak sapi (optional)
Sedikit pewarna ungu / esen blueberry

Jem Bluerry/ Bluerberry Filling secukupnya

Cara Penyediaan:
1.Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan kuning telur dan kacau sebati
3. Masukkan sedikit pewarna ungu
4. Ayak tepung dan esen vanila
5. Gaul sebati sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
6. Terap adunan / tekan memanjang menggunakan acuan semprit
7. Letakkan jem blueberry dan gulung membaluti inti
9. Bakar dengan suhu 150• selama 30 minit / 170• selama 15-20 minit
10. Tunggu sehingga biskut sejuk dan bolehlah disusun kedalam balang.. Yummie

* jem blueberry tu boleh dapatkan yang siap di kedai bahan-bahan kek dan biskut.


Tart Nenas Gulung

Author: Unknown // Category:


Assalamualaikum n salam sejahtera.. Alhamdulillah sudah nak sampai ke penghujung bulan puasa kita.. Semoga kita dpt limpah rahmatnya di bulan yang
Mulia ni.. Rasanya da ramai yang dah mula buat kuih raya kan, sedap aroma biskut yang dibakar kat dapur tu kan..

Malam tadi da siap operasi tart nenas.. hehehe.. Alhamdullillah anak yang sulung pun rajin juga membantu rupanya, keadaan di dapur tahun ni agak kecoh sikit dengan telatah 2 boboy tu..

Tart nenas ni merupakan kuih yang wajib ada setiap kali hari raya bagi kami sekeluarga. Family lain pun semestinya ada juga yang begitu kan..


Resepi Tart Nenas Gulung

Bahan-bahan:
250g butter/ mentega
400g tepung gandum -(kalau nak rasa yang rapuh & gebu boleh guna 300g tpg gandum + 100g tpg jagung)
50g gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1sudu minyak sapi (optional)

Cara Penyediaan:
1.Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan kuning telur dan kacau sebati
3. Ayak tepung dan esen vanila
4. Gaul sebati sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
5. Terap adunan / tekan memanjang menggunakan acuan semprit
6. Letakkan jem nenas dan gulung membaluti nenas
7. Bakar dengan suhu 150• selama 30 minit
8. Tunggu sehingga biskut sejuk dan bolehlah disusun kedalam balang.. Yummie


Jem Nenas
5 biji nenas - disagat dan tos air
1.5 kg gula

Kacau hingga nenas menjadi agak kering dengan api yang kecil.