Donut Lembut

Author: Unknown // Category:


Lama tak update blog, ni post yang pertama untuk tahun 2014.. Weeee :).. Selamat Tahun Baru 2014, semoga tahun ni lebih membawa keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah hendaknya, Aminnnn..

Ari ni nak try buat donut yang mana resepi diperolehi dari Yummie.. Terasa nak cuba sebab bahan-bahan yang diguna macam berbeza dari bahan yang biasa kita buat doh.. Mana tau kot2 boleh jadi macam dunkin donut atau big Apple kan.. Huhu lama mencari resepi ala2 dunkin donut tu.. Kalau kawan2 ada boleh la share2 ye.. :)




Resepi Donut Lembut

Bahan - bahan

Bahan A
150g Tepung Superfine
350g Tepung High Protein (roti lebih ringan dan lembut)
60g gula castor
10g Instants Yis / Yis Mauripan (saya guna Instant Yis cap Helang kerana ia lebih cepat naik)
25g Susu Tepung
8g Baking Powder
4g Soft Pro (sejenis Improver supaya tekstur roti lebih halus dan lembut)
6g Garam (jangan letak garam bersebelahan dengan Yis dalam adunan, jika tidak Yis akan mati)

Bahan B
1 biji telur
210g Air sejuk (yang baru keluar dari peti ais, suapaya tekstur doh kekal cantik semasa menguli)

Bahan C
70g Mentega/Butter


Cara Penyediaan:

1. Campurkan semua bahan A dan gaul sebati.
2. Masukkan bahan B ke dalam adunan bahan A dan gaul perlahan sehingga sebati.
3. Apabila adunan sebati dan telah menjadi doh, masukkan Bahan C, mentega ke dalam adunan tadi dan uli sebati sekali lagi.
4. Uli dan gaul sehingga doh menjadi elastik (tidak koyak apabila di tarik) .
5. Rehatkan doh dalam bekas yang ditutup sehingga doh naik sekali ganda lebih kurang 15-20 minit.
6. Canai dan terap adunan mengikut bentuk donut @ bentuk yang diminati.
7. Rehatkan lagi sehingga naik sekali ganda.
8. Panaskan kuali dengan minyak untuk menggoreng, dan sedia untuk digoreng.


Toping/ Hiasan:

Gula Castor - tabur gula kastor ketika donut masih panas.
Snow Powder - Tabur snow powder ketika suam/ sejuk 
                       - (snow powder adalah gula halus yang  rasa sejuk apabila dimakan seperti dunkin donut tu)
Coklat - Cairkan coklat secara double boiler dan tekap bahagian atas donut dan taburkan coklat rice


Selamat Mencuba 6_^..