Showing posts with label Kuih - Apam. Show all posts
Showing posts with label Kuih - Apam. Show all posts

Apam pisang gebu

Author: Unknown // Category:



Apam yang sangat ringan dan gebu. sungguh enak dan nikmat bagi penggemar kek/ apam pisang.

Resepi Apam pisang gebu:

Bahan A:
1 cwn gula
1 cwn minyak masak
1 cwn pisang lenyek
3 bj telur
1 s/k esen vanila

Bahan B:
2 cwn Tepung gandum
2 s/k soda bikarbonat
1 s/k baking powder


Cara penyediaan:
Panaskan kukusan.
Pukul bahan A sehingga sebati
Ayak dan masukkan bahan B
Kaup balik perlahan-lahan sehinga sebati
Masuk ke dalam dulang acuan dan tutup dengan kain/ platik wrap
Kukus sehingga masak

Apam polkadot Frog version

Author: Unknown // Category:
F.R.O.G..🐸 alhamdulillah selamat sudah apam polkadot ni dibawa ke tadika b.ngah utk jamuan raya pagi ni.. bercinta nak melorek, inilah hasilnya sebelah dukung baby sebelah lagi melorek. 😅


nasib baik awak senyummm hilang stress... ❤



*Tips untuk dapatkan apam yang sentiasa gebu (jika buat dlm kuantiti yg banyak) adalah untuk pastikan terlur betul2 kembang dan gebu semasa dipukul. Kemudian adunan tidak terlalu terdedah kpd udara. samaada tutup atau masukkan siap2 ke dalam piping bag. 

Apam Coklat Mekar & Gebu

Author: Unknown // Category: ,

Apam Coklat Mekar Gebu







Resepi Apam Coklat Gebu
Bahan A
2 bj telur
1 1/2 cwn gula
1/2 cwn susu pekat

Bahan B
2 cwn tpg gandum
1 cwn serbuk koko
1sk baking powder
1sk soda bkarbonat
1sk esen vanila

Bahan C
1 cwn susu segar
1 cwn minyak masak
1 cwn air panas

Cara Penyediaan:
1. Pukul / kacau bhn A sehingga sebati
2. Ayak & Masukkan bahan B
3. Masukkan bahan C brselang seli (air panas adalah yg terakhir)

Apam smiley

Author: Unknown // Category: ,
Tempahan Apam polkadot ❤untuk hari keusahawan sekolah hari ni, Alhamdulillah 😊..  
tersenyum ai tgk u.. :)





resepi ada dibawah ye 😊

Resepi Apam Polkadot
Bahan A
3 bj telur
200g gula
1 1/2 sk ovellete

Bahan B
260g tpg gandum
3 sk baking powder
1 sk esen vanilla
Bahan C
150ml susu segar
*anggaran mghasilkan 50 pcs

1. Pukul bahan A sehingga kembang dan gebu
2. Ayak/ Masukkan bahan B
3. Masukkan bhn C
4. Kukus 20-30 minit

Apam character n fruity

Author: Unknown // Category:


 Alhamdulillah.. Order masuk utk apam 300pcs utk minggu ni.. Syukran Ya rab.. 

Letih tp suka tgk mereka2 yg cute ni..



Apam Susu

Author: Unknown // Category: ,



Apam susu gebu

Resepi:

Bahan A
4biji telur
1cwn gula pasir
1sudu besar ovellete

Bahan B
2cwn tepung gandum
4sudu besar susu pekat manis
1sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna

cara2:-
-panas dan didihkan periuk kukusan
-pukul Bahan A sehingga naik & gebu
-campur Bahan B sedikit2 & kacau sebati
-asingkn sedikit adunan & warnakan
-sapu minyak pd loyang
-tuang adunan berselang seli setiap warna
-kukus 30-40 minit.

Apam aiskrim

Author: Unknown // Category:




Resepi:
4 biji telur
2 cwn gula
3 cwn tepung gandum
3/4 cwn ais krim soda
1 st ovellete



Apam Daun Pakis Rainbow Colour

Author: Unknown // Category:





Apam Smiley

Author: Unknown // Category:


suka tengok apam2 ni, nampak happy in rainbow colour... automatik akan tersenyum juga ^_^



Apam Fruity

Author: Unknown // Category:

Tempahan hari ini :)














Apam Tweety, Hello Kitty and Doraemon

Author: Unknown // Category:




Apam Minion & Bear

Author: Unknown // Category:


Apam Angry Bird, Lady Bird and Bees

Author: Unknown // Category:






Apam Polkadot versi Buah-buahan dan Lady Bird

Author: Unknown // Category: ,






Apam Polkadot

Author: Unknown // Category: ,




Happy Labour Day & Rest day semua... Apa aktiviti hari ni???.. Hari ni i berpolkadot la pulak which is permintaan my hero.. ^_^



Anak- anak suka dengan apam polkadot ni. Sekali mengadap tak sedar berbiji-biji habis.. ^_^ Lagi-lagi dengan saiznya yang kecil memudahkan mereka untuk makan.


Tak menyesal membuatnya kerana insyaAllah sedap dan tak memuakkan. Lagi best kalau buat bersama anak2, sebab buat ni pun takdelah kecah atau remeh sangat, sambil melorek sambil dengar dia berceloteh dan berimaginasi.. ^_^


Resepi Apam Polkadot:


Bahan A:
3 biji telur
200g gula
1 1/2 sk ovallete

Bahan B:
260g tepung gandum
3sk baking powder
1sk esen vanila
150ml susu segar

Blueberry/ strawberry Filling
Pewarna
Mangkuk kertas

Cara penyediaan:
1. Pukul bahan A hingga kembang dan gebu
2. Masukkan bahan B dan kacau sebati. Selangkan susu dengan tepung sedikit demi sedikit
3. Bahagikan adunan dan warnakan ikut kesukaan (masukkan ke dalam piping bag untuk lebih mudah melorek)
4. Panaskan kukusan sehingga mendidih
5. Dalam mangkuk kertas Letakkan sedikit filling, masukkan/ pipe kan adunan dan lorek/ hias dengan dot dot.
6. Kukus selama 10-15 minit @ sehingga masak..