Apam Polkadot

Author: Unknown // Category: ,




Happy Labour Day & Rest day semua... Apa aktiviti hari ni???.. Hari ni i berpolkadot la pulak which is permintaan my hero.. ^_^



Anak- anak suka dengan apam polkadot ni. Sekali mengadap tak sedar berbiji-biji habis.. ^_^ Lagi-lagi dengan saiznya yang kecil memudahkan mereka untuk makan.


Tak menyesal membuatnya kerana insyaAllah sedap dan tak memuakkan. Lagi best kalau buat bersama anak2, sebab buat ni pun takdelah kecah atau remeh sangat, sambil melorek sambil dengar dia berceloteh dan berimaginasi.. ^_^


Resepi Apam Polkadot:


Bahan A:
3 biji telur
200g gula
1 1/2 sk ovallete

Bahan B:
260g tepung gandum
3sk baking powder
1sk esen vanila
150ml susu segar

Blueberry/ strawberry Filling
Pewarna
Mangkuk kertas

Cara penyediaan:
1. Pukul bahan A hingga kembang dan gebu
2. Masukkan bahan B dan kacau sebati. Selangkan susu dengan tepung sedikit demi sedikit
3. Bahagikan adunan dan warnakan ikut kesukaan (masukkan ke dalam piping bag untuk lebih mudah melorek)
4. Panaskan kukusan sehingga mendidih
5. Dalam mangkuk kertas Letakkan sedikit filling, masukkan/ pipe kan adunan dan lorek/ hias dengan dot dot.
6. Kukus selama 10-15 minit @ sehingga masak..

0 Responses to "Apam Polkadot"

Post a Comment