Kek chocolate moist Upin Ipin

Author: Unknown // Category: ,


Motif Bunga-bunga di taman gitu.. Kek chocolate moist versi upin dan ipin.. 
Thanks 2 my bff Nur Jannah coz order this cake 4 anak comel kesayangannya, adik Nurafriena Syaqira sempena hari kelahirannya yang ke 2. 

Time kasih byk2 pd mama afriena tau..
Dapat juga la auntie mencurahkan idea atas kek ni.. Hilang kejap masalah bila dapat decor2 kat kek ni..


Semoga adik afriena suka ye.. Happy Birthday syg..



Cake: Chocolate moist, toping ganache, butter cream, edible image
Weight/Size: 1.4kg / 9"

Kek Boboiboy

Author: Unknown // Category: ,



Kek Boboiboy utk adik Nurafriena Syaqira yang bakal menyambut hari kelahirannya yang ke 2 esok...
Semoga adik afriena suka dengan kek ni ye...

Terima kasih banyak2 pada mama afrina yang sudi order pd auntie ye... Customer tetap  ni.. Thanks dear Nur Jannah..



Cake : Rainbow Chiffon, Caramel layer, butter icing, edible image
Weight/Size : 1.2 kg / 9"


Chocolate Chip

Author: Unknown // Category:


Famous Amous?? Sedap kan? Hehehe.. Actually chocolate chip ni ada la sikit2 rasa famous amous tu, tapi bukan la exactly sama ye..

Masa bakar tu memang aroma semerbak macam lalu sebelah kedai famous amous pula.. Mungkin sebab dari sebatian bau butter dan gula perang yang dibakar buat aroma dia semerbak..

Chocolate chip hanya sedap bila kita menggunakan butter kerana lebih wangi dan lemak.. Mentega boleh juga digunakan cuma tidak la seenak menggunakan butter..

Resepi Chocolate Chip

500g butter
350g gula aising (boleh kurangkan jika tidak suka manis)
100g gula perang
550g tepung gandum - ayak
250g corflakes - dikisar
(atau 150g conflakes + 100g oat -kisar)
250g chocolate chip
100g cincangan badam@ gajus 
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara penyediaan: 
1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur dan esen vanila, pukul hingga sebati
3. Masukkan cornflakes yang telah dikisar dan kekacang
4. Masukkan tepung dan gaul sebati
5. Masukkan chocolate chip
6. Bentukkan bulat dan boleh juga tekan menggunakan garfu atas dulang
7. Bakar selama 15-30 minit pada suhu 150•

Bila da sejuk boleh la disusun ke dalam balang atau terus di makan.. Sedap makan time fresh2.. Yummie...


Cornflakes Madu

Author: Unknown // Category:



Snek dan biskut ringan yang paling simple, senang disediakan dan yang paling penting sedappp... Antara biskut yang akan sentiasa diulang bila dimakan, tuan rumah pun kene rajin topup n penuhkan balang.. He he he..

Biskut cornflakes madu ni best sebab sangat rangup dan lemak bila dimakan.. Lemak tu akan lebih terasa kalau kita gunakan butter berbanding mentega.. So Yummie..

Resepi Cornflakes Madu:

125g butter
1 cup madu/ Golden Syrup
3 sudu makan gula pasir @ gula perang
500g cornflakes
Kismis/cincangan kekacang - optional
Paper cup secukupnya

Hiasan:
Coklat Rice/ Ceri / Kekacang

Cara penyediaan:
1. Atas kuali, panaskan dan cairkan butter, gula, dan madu..
2. Bila gula dan butter da mencair dan sebati, boleh tutup api dan masukkan cornflakes.
3. Gaul rata ke atas cornflakes
4. Sendukkan ke dalam paper cup dan tabur gula manik @ chocolate rice diatas nya.
5. Bakar selama 10 minit pada suhu 150•


Semperit Dahlia

Author: Unknown // Category:




Semperit... Antara Kuih tradisional yang digemari ramai kan.. Musim raya kadang tu buat juga la semperit ni sikit sebab ia antara biskut favourite my husband n brother..



Ni kita share resepi semperit dahlia;

Resepi Semperit Dahlia:

500g/ 4 cwn butter@ mentega
400g /4 cwn tpg gandum
200g/2cwn tpg jagung
100g/ 1 cwn tpg custard
250g gula aising
1bj kuning telur
Esen vanila

Hiasan:
Ceri merah/ chocolate chip

Kalau masa mengadun doh agak lembik boleh tambahkan lagi tepung agak-agak segenggam, sebab kadang tu kelembutan butter dan adunan tu berbeza mengikut suhu persekitaran kita.

Pada yang suka dengan rasa custard boleh lebihkan pada tpg custard dan kurangkan sikit tpg jagung, dan begitu lah sebaliknya.. Kita boleh bereksperimen dengan rasa2 ni based on citarasa kita sebab tiap orang ada citarasa yang tersendiri kan..