Chocolate Chip

Author: Unknown // Category:


Famous Amous?? Sedap kan? Hehehe.. Actually chocolate chip ni ada la sikit2 rasa famous amous tu, tapi bukan la exactly sama ye..

Masa bakar tu memang aroma semerbak macam lalu sebelah kedai famous amous pula.. Mungkin sebab dari sebatian bau butter dan gula perang yang dibakar buat aroma dia semerbak..

Chocolate chip hanya sedap bila kita menggunakan butter kerana lebih wangi dan lemak.. Mentega boleh juga digunakan cuma tidak la seenak menggunakan butter..

Resepi Chocolate Chip

500g butter
350g gula aising (boleh kurangkan jika tidak suka manis)
100g gula perang
550g tepung gandum - ayak
250g corflakes - dikisar
(atau 150g conflakes + 100g oat -kisar)
250g chocolate chip
100g cincangan badam@ gajus 
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara penyediaan: 
1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur dan esen vanila, pukul hingga sebati
3. Masukkan cornflakes yang telah dikisar dan kekacang
4. Masukkan tepung dan gaul sebati
5. Masukkan chocolate chip
6. Bentukkan bulat dan boleh juga tekan menggunakan garfu atas dulang
7. Bakar selama 15-30 minit pada suhu 150•

Bila da sejuk boleh la disusun ke dalam balang atau terus di makan.. Sedap makan time fresh2.. Yummie...


0 Responses to "Chocolate Chip"

Post a Comment