Kek Batik

Author: Unknown // Category:



Kek batik antara kek yang sedap dan sangat mudah nak sediakan. Tak perlu oven dan juga set mixer, so sesiapa sahaja boleh sediakan di rumah..

Ni kita share resepi n sukatan yang selalu orang guna.. Tapi secara jujurnya saya tak follow sangat sukatan dibawah.. Sebab tiap kali buat hanya agak-agak dan ikut based on bahan yang ada pada masa tu, dan selalu nya saya akan kurangkan penggunaan milo dan lebih kan koko sebab milo kan mahal, hihihi.. Susu pekat juga saya akan kurangkan sedikit dan gantikan dengan gula biasa sahaja .. Pada yang baru nak cuba tu boleh follow sukatan dibawah, sure menjadi, yummie...


Bahan-bahan
200g Milo
250g butter
3 sudu makan koko
1 tin kecil susu pekat
1/2 cawan air (jika perlu)
500g Biskut Merry @ secukupnya

Cara Penyediaan:
1. Cairkan kesemua bahan-bahan kecuali biskut Merry di atas kuali dengan api yang kecil
2. Kacau rata sehingga kesemua bahan larut sebati
3. Apabila ia agak pekat dan berbuih, masukkan biskut Merry
4. Kacau sebati dan tutup api
5. Masukkan ke dalam loyang/ bekas dan tekan-tekan adunan sehingga padat
6. Tunggu sehingga ia sejuk. Apabila sejuk boleh la mula memotong kek batik.





0 Responses to "Kek Batik"

Post a Comment