CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING
Bahan2 Cream Puff
250ml air
100g Mentega
1sdk Gula Kastor
125gm Tepung Gandum
3 biji telur (Gred B)
1/2 sdt garam
Cara Membuat Cream puff
1. Campur gula,air dan mentega. Masak hingga mendidih. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga sebati dan tak melekat pada periuk. Sejukkan sebentar.
2. Masukkan telur 1 per 1 dan kacau sebati. Paipkan ke atas dulang pembakar yang telah disapukan mentega.
3. Bakar 15 min pada suhu 180 darjah.
Bahan-bahan
500ml Susu Segar
1 biji telur
25gm tepung Kastad
30gm tepung Jagung
100gm gula kastor
1 sdk esen vanilla
- tambahkan 1cwn nondairy whiping cream utk lebih creamy.
(pukul whiping cream + mix dengan adunan custard yang telah siap)
Cara Membuatnya:-
1. Campur dan gaul sebati telur,gula kastor, tepung kastad, teung jagung dan esen vanilla.
2. Kemudian, tuangkan susu yang telah dipanaskan sedikit dan masak hingga kastad likat. Sejukkan sebentar.
3. Masukkan ke dlm piping bag, paipkan ke dlm belahan cream puff. Kemudian, ayak gula ising ke atas creampuff.
Resepi #2 - Puff Pastry (Crispy di luar)
1/2 cawan butter tanpa garam ~ 115 gm
1 cawan air
1/4 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh gula
1 cawan tepung gandum
4 biji telur ~ A saiz satu biji telur anggaran 60 gm
Resepi #3 - Puff Pastry
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)
Resepi #4 - Puff Pastry
120 gm butter
3/4 cawan air
1 1/3 cawan tepung ~ 170 gm di ayak
5 biji telur ~ berat telur 60 gm sebiji atau timbang telur seberat 300 gm untuk 5 biji
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula ~ nak letak boleh tak letak pun tidak mengapa
Cara membuatnya:
Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
Tepung gandum di ayak
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
Masukkan telur, kacau cepat-cepat
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel star, dan pipe kan ke atas dulang
Spray permukaan cream puff dengan air (tidak buat pun tak mengapa).
Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.
Kek Caramel pelangi sebagai buah tangan untuk ke majlis perkahwinan katanya. Simple.
Terima kasih daun keladi, next time order lagi ^_^ ...
Kudapan paling ringkas, mudah dan sedap.. Anak- anak saya memang suka makan lebih-lebih lagi time cuti and melepak di rumah macam ni. Asyik mencari makanan je keje diorang. Buat snack ni dapat juga cegah anak-anak dari makan jajan.. 6_^
Bahan- bahan:
1. Kulit popia
2. Putih telur @ tepung yang dicampur air sebagai bahan pelekat
3. Minyak untuk menggoreng
Untuk tabur:
4. Gula castor
5. Nestum @ Milo @ susu tepung (saya guna 3in1 nestum, lagi mudah)
Cara penyediaan:
Gulung kulit popia secara memanjang dan gam dipenghujung untuk lekatkannya.
Gunting kecil atau sepanjang 3-4cm atau 1.5 inch atau ikut kesukaan.
Panaskan minyak dan goreng guntingan tadi.. Apabila sudah masak kuning keemasan angkat dan toskan minyak.
Sejukkan @ apabila suam boleh taburkan gula castor.
Taburkan perisa yang digemari samaada nestum, milo atau susu tepung.
Sedia untuk dinikmati.. Mudah sangat untuk sediakan kan? 6_^ Sangat rangup dan sesuai dimakan dimana saja..
Happy Labour Day & Rest day semua... Apa aktiviti hari ni???.. Hari ni i berpolkadot la pulak which is permintaan my hero.. ^_^
Anak- anak suka dengan apam polkadot ni. Sekali mengadap tak sedar berbiji-biji habis.. ^_^ Lagi-lagi dengan saiznya yang kecil memudahkan mereka untuk makan.
Tak menyesal membuatnya kerana insyaAllah sedap dan tak memuakkan. Lagi best kalau buat bersama anak2, sebab buat ni pun takdelah kecah atau remeh sangat, sambil melorek sambil dengar dia berceloteh dan berimaginasi.. ^_^
Bahan A:
3 biji telur
200g gula
1 1/2 sk ovallete
Bahan B:
260g tepung gandum
3sk baking powder
1sk esen vanila
150ml susu segar
Blueberry/ strawberry Filling
Pewarna
Mangkuk kertas
Cara penyediaan:
1. Pukul bahan A hingga kembang dan gebu
2. Masukkan bahan B dan kacau sebati. Selangkan susu dengan tepung sedikit demi sedikit
3. Bahagikan adunan dan warnakan ikut kesukaan (masukkan ke dalam piping bag untuk lebih mudah melorek)
4. Panaskan kukusan sehingga mendidih
5. Dalam mangkuk kertas Letakkan sedikit filling, masukkan/ pipe kan adunan dan lorek/ hias dengan dot dot.
6. Kukus selama 10-15 minit @ sehingga masak..