Chocolate Chip

Author: Unknown // Category:

Biskut resepi chocolate chip ini adalah sangat rangup dan ringan. Sedap dijamah ketika bersantai dan sebagai hidangan kuih raya nanti..

Bahan-bahan:

1 Cawan Butter (200g)
1 Cawan Gula Halus (120g)
1 Cawan Gula Perang (120g)
2 biji Telur
2 1/2 Cawan Tepung Gandum (250g)
1/2 Cawan Tepung Jagung (50g)
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
1 sk esen vanila
badam/ kacang cincang (secukupnya)
chocolate chip (secukupnya)

Cara Penyediaan:
Pukul butter dan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu dan kacau lagi sehingga sebati.
ayak tepung + baking powder + soda ke dalam adunan
masukkan esen vanila dan kacau sebati
Masukkan badam cincang dan chocolate chip dan gaul sebati.
senduk menggunakan saiz sudu kecil dan terap kedalam loyang.
(biskut akan mengembang 2 kali ganda)

Kek Butter

Author: Unknown // Category:


Butter cake yang sangat gebu. alhamdulillah akak yang order kata anak-anak dan suaminya pun suka pada kek ni. Suka sangat dan ada perasaan lega bila orang suka kek kita.. :)

Ni resepi dia, sangat mudah untuk disedikan:

Resepi:
250g butter/ mentega
250 g tepung naik sendiri
180 g gula
4 biji telur
1/2 cwn susu segar
1 st esen vanila

Cara penyediaan:
Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanila
Masukkan telur satu per satu.
Ayak tepung dan selang seli dgn susu. Bakar pd 160 selama 40 minit



Durian Crepe

Author: Unknown // Category:



Alhamdulillah, telah 6 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan.. Semalam pula suami kesayangan belikan durian untuk kami. Terus saja dia belikan durian bila dengar isteri dia terasa nak makan durian kerana da lama tak makan, agak banyak juga isinya dalam plastik besar tu.. Apa lagi kan, lepas saja berbuka terus kami mengadap, ^_^ Susah payah juga papa bukakan untuk kami.. Alhamdulillah dan terima kasih papa...



Separuh sahaja yang larat dijamah, dan separuh lagi saya buat durian crepe dan roti jalan untuk dimakan bersama pengat durian. Sesekali makan roti jala cecah kuah durian ni sedap juga kan. Lagi-lagi sebagai hidangan untuk iftar, walla, lemak-lemak manis gitu...