Durian Crepe

Author: Unknown // Category:



Alhamdulillah, telah 6 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan.. Semalam pula suami kesayangan belikan durian untuk kami. Terus saja dia belikan durian bila dengar isteri dia terasa nak makan durian kerana da lama tak makan, agak banyak juga isinya dalam plastik besar tu.. Apa lagi kan, lepas saja berbuka terus kami mengadap, ^_^ Susah payah juga papa bukakan untuk kami.. Alhamdulillah dan terima kasih papa...



Separuh sahaja yang larat dijamah, dan separuh lagi saya buat durian crepe dan roti jalan untuk dimakan bersama pengat durian. Sesekali makan roti jala cecah kuah durian ni sedap juga kan. Lagi-lagi sebagai hidangan untuk iftar, walla, lemak-lemak manis gitu...


0 Responses to "Durian Crepe"

Post a Comment