Kek Barbie

Author: Unknown // Category: ,





Kek Ana Muslim

Author: Unknown // Category: ,







Kek Strawberry

Author: Unknown // Category: ,


Assalamualaikum.. Salam maal hijrah semua.. Lama xupdate page rasanya..Baru selesai majlis bday Muhaezad Zafiran dan didoakan semoga menjadi anak y soleh kpd ibu bapa, insyaAllah.. Kek pilihan adalah Kek Strawberry 


Rupa kek setelah dipotong.. hihihi



Triffle Epal

Author: Unknown // Category:

Lapisan 1 - Jely / Agar-agar
1 paket agar2 serbuk
Air
Gula
Buah2 koktail
Buah Epal dipotong dadu

Lapisan 2 - kastard
300 ml susu segar
@ 1 tin susu cair (sy lebih suka guna fresh milk)
Dairy whiped cream (utk lebih lemak dan creamy)
3 sudu gula
4 sudu tepung kastard
Secubit garam

Lapisan 3 - kek
Kek span/ kek gulung

Cara penyediaan:
Lapisan kek
- letakkan/susun kek span/ ciffon / kek gulung yang telah ditebarkan dalam bekas dulang

Lapisan kastard
- campurkan dan bancuh susu dan tepung kastard dalam periuk, pastikan tepung larut dan tidak berketul
- hidupkan api dan masukkan gula dan kacau sehingga masak hingga mendidih
- apabila telah likat bolehlah tuang diatas lapisan kek tadi

Lapisan agar- agar
- Masak agar-agar bersama air dan gula.
- Boleh masukkan sedikit air koktail dan juga sedikit potongan epal untuk rasa yang lebih enak.
- Bila dah masak dan sedikit kental, tuang keatas lapisan kastard tadi.
- Taburkan / hiaskan buah-buahan segar / koktel dan potongan epal segar
- sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais sebelum dihidang.

Lapisan Cream (Optional ):
- putar whiping cream (dairy dan naon dairy)
- letakkan di lapisan paling atas dan hiaskan dengan buah-buahan segar.

Daging Hitam Berempah

Author: Unknown // Category:


1kg Daging ( potong hiris kecil2)
Kicap
Garam , gula
Asam keping
Daun limau purut
2 sb cili kering kisar @ cili boh

Bahan kisar basah
3 ulas bawang besar
4 ulas bawag putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 btg serai
1 biji buah keras

Rempah kering 
4 sekawan ( bunga lawang, cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis)
1 sk lada hitam
1 sk lada putih
1 sk ketumbar
1 1/2 sk jintan putih (halus)
1/2 sk jintan manis (kasar)
Sedikit buah pala

Cara penyediaan
1. Rempah kering digoreng tanpa minyak
2. Sejukkan dan kisar halus
3. Gaul rempah kering kisar dengan daging dan masukkan kicap
4. Perap selama 30-40 minit

5. Kisar rempah basah
6. Panaskan minyak dan tumis rempah basah + cili boh sehingga pecah minyak
7. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk
8. Tambahkan kicap sehingga cukup hitam dan masukkan gula dan garam sehingga cukup rasa.
9. Bila daging dah empuk tutup api dan sedia untuk dihidang.


Resepi Daging hitam berempah ni adalah resepi daripada ibunda tersayang. Daging hitam ni sedap sangat dan ianya adalah menjadi hidangan wajib yang menjadi pilihan keluarga kami setiap kali lebaran. Tak lengkap rasanya jika tidak menjamahnya di hari raya.. :)

Alhamdulillah setelah 2 kali mencuba, baru menjadi seperti yang mak masak. So lepas ni boleh la menjadi hidangan wajib keluarga kecil kami pula. :)


Macaroni Goreng

Author: Unknown // Category:



A. Bahan Asas
Macaroni di Rebus dan toskan apabila masak (titiskan minyak masa rebus - supaya tak melekat)

B. Bahan Kisar
2 Ulas bawang Besar
2 Ulas Bawang putih
2 sb Cili Kisar/ Boh

C. Bahan Tambahan
1 Biji Telur
1 sk sos Tiram
3 sb sos cili
2 sb Rempah kari
Udang, Ayam/ Daging
Sayur Sawi
Lobak Merah
Garam, Gula secukupnya

Cara Penyediaan
1. Kisar Bahan B.
2. Tumis sehingga naik bau dan keperangan
3. Pecahkan Telur dan kacau sehingga masak
4. Masukkan rempah kari, sos tiram dan sos cili dan sedikit air dan kacau sebati
5. Masukkan udang, ayam dan lobak merah dan bahan perasa yang lain.
6. Masukkan macaroni tadi dan kacau sebati. boleh tambah kicap untuk menambah rasa.
7. Masukkan sayur sawi dan gaukkan sebati. biarkan seketika sehingga masak
8. Sedia untuk dihidang.