Berikut 10 tips untuk menghasilkan kek terbaik :
1. Kaji resipi. Lihat senarai bahan-bahan dan alat yang diperlukan terlebih dahulu dan pastikan mempunyai semua peralatan dan bahan sebelum mula membuat kek.
2. Pastikan tidak diganggu ketika membuat kek (dari segi emosi dan fizikal).
3. Gunakan hanya bahan-bahan terbaik dan berkualiti untuk kek anda. Kek mesti sedap dimakan sesedap mata memandang.
4. Mulakan dengan permukaan yang bersih. Sedikit kekotoran yang melekat pada icing yang putih akan mencacatkan kek anda.
5. Susun semua peralatan yang perlu digunakan dalam sebuah dulang kecil berhampiran anda seperti seorang doktor yang ingin melakukan pembedahan di hospital.
6. Ikut resepi langkah demi langkah. Jangan cuba mengubah resepi sesuka hati. Baking adalah sains.
7. Pastikan /biarkan royal icing dan lukisan (painted details) pada kek kering sepenuhnya sebelum menambah sentuhan terakhir seperti kilauan mutiara, atau tambahan cat emas atau perak.
8. Jika / melakukan rekaan aising yang rumit yang boleh memakan masa beberapa hari untuk siap, gunakan kek buah-buahan kerana kek span akan rosak selepas sehari.
9. Apabila membuat kek perkahwinan atau kek bertingkat untuk majiis khas, boleh juga letakan jenis kek yang berlainan pada setiap tingkat untuk memberikan pilihan kepada tetamu yang datang. Anda boleh gunakan kek coklat, kek lemon atau kek carrot dan bukannya hanya menggunakan kek buah-buahan sahaja untuk setiap tingkat. Ia mungkin lebih menarik dengan cara ini.
10. Jangan berputus asa jika kek tidak menjadi pada percubaan pertama. Teruskan cubaan , praktis dan pengalaman adalah rahsia untuk kejayaan. Sudah tentu ia membantu jika secara semula jadi memang berseni.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba... ^_^
0 Responses to "10 Tips Menghasilkan Kek Terbaik"
Post a Comment