Cheesekut Nestum

Author: Unknown // Category:






Bahan-bahan:
250g cream cheese
1/2 tin susu pekat (kurangkan sikit jika tidak suka manis)
1 peket biskut cream cracker
Nestum
Fresh milk

Cara Penyediaan :

1. Putar/ blend cream cheese + susu pekat
2. Celup biskut ke dalam fresh milk dan Susun biskut satu per satu dalam 1 bekas sampai jadi 1 layer
3. Tuang sikit cream cheese dan ratakan atas biskut yang dah disusun.
4. Taburkan nestum rata diatas lapisan cream cheese
5. Ulang langkah 2,3 & 4 sampai biskut dan cream cheese habis.
6. Untuk topping boleh tabur oreo atau lebihan cheese dan nestum.
7. Masukkan ke dalam fridge. Dan bila telah set dan sejuk boleh potong dan makan :)



Yummie ^_^

Crunchy Caramel Almond

Author: Unknown // Category:


Haiiii....

Huuuaaaa setelah sekian lama bahan2 untuk buat crunchy almond ni di beli, hari ni baru tergerak & rajin nak buat.. Sebelum ni bahan2 tu terperap je la kat dapur tu. Huhuhu..

Yang bestnya lepas bakar n sejuk, hero2 kat umah tu memasing rancak ngadap benda ni... Yang kecik pun sama naik. Alhamdulillah, seronok tengok dorang makan. Sedap tau makan masa fresh2 ni.. 

Buatnya tidak lah susah mana, simple je.. Cuma bahan2 yang digunakan mungkin sedikit mahal.. Tak hairan la mahal harga nya dijual kat pasaran tu.. Jomm kita buat...


Bahan- bahan:
250 gm tepung Florenta
250 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan dan gaul semua bahan dalam bekas hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek 
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan ketika masih panas
Simpan dalam bekas kedap udara.

Rose Cupcake

Author: Unknown // Category:

Rose Cupcake..








Selamat menjamu selera ... ^_^



Red Velvet Moist Cream Cheese

Author: Unknown // Category: ,

Assalamualaikum,... :)

Mac telah pun kunjung tiba... Bulan ini juga adalah bulan kelahiran putera sulung manja kami.. Alhamdulillah, semakin membesar dan semakin petah berkata-kata dan berhujah. Semoga Airil Syahmi akan membesar menjadi anak yang soleh, sentiasa diberkati dan berjaya dunia akhirat...


Kek red velvet moist with cream cheese frosting and blueberry on top. Kek untuk dibawa ke sekolah, dan Syahmi kata tak nak letak bunga-bunga nanti macam gegurl and cuma nak letak M&M sahaja. Okay dear, kita buat kek simple je la ye and syahmi tolong mama letak M&M tu yer. ^_^.  Lepas ni kita decor cupcake pula..



Siap sebiji untuk di bawa ke tadika bagi meraikan hari kelahiran bersama rakan-rakan kelas yang lain. Goodies pun da siap packing, so esok pagi tinggal bawa jer. Alhamdulillah....




Kek Buah Karamel Pelangi bersama Bakul Anyaman

Author: Unknown // Category: ,

Assalamualaikum...

Malam tadi sempat siapkan 2 biji kek atas permintaan seorang sahabat yang mana 1 adalah plain dan 1 lg untuk kek harijadi. Kek yang diminta adalah Kek karamel pelangi dengan buah-buahan. Kali ni terpanggil untuk mencuba membuat bakul anyaman, kira sesuai sangatlah tu buah di dalam bakul rotan gitu kan...



Okey insyaAllah, harap menjadi la hendaknya. Diharapkan dapat memenuhi kehendak tuan dia ya, Semoga hubungan kalian berkekalan hingga ke Jannah.. InsyaAllah, terima kasih daun keladi.. 



Okey, ni kita sertakan cara untuk mengayam bakul pada tepi kek. Mudah juga untuk saya rujuk di kemudian hari kot-kot terlupa step.


 


Yang ini kek kedua, kek plain yang diminta... tapi tangan ni nakal sikit nak juga coret something, lagi pun katanya ini untuk dia makan sendiri.. hehehhe.. meluahkan perasaan terima kasih pada rakan sahabat... Thanks Beb.. Luv u so much.. muahhhh




Doakan ye beb satu hari nanti saya dapat penuhi IMPIAN saya itew bila sampai masanya... mula kan langkah sedikit demi sedikit dan sedang mencuba untuk menggapai impian.. waahahahhaa... kelasss ko jah berangan...

Adios..

Chocolate Mousse Cake

Author: Unknown // Category:




Kek Span Coklat

Bahan A 
30 gm serbuk koko
1/2 cawan air panas
1 sudu teh coklat emuco
4 biji kuning telur
100 gm gula halus
130 gm tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
4 biji putih telur
1/4 sudu teh krim of tarta
65 gm gula halus

Cara pembuatan
Panaskan ketehar pada suhu 180 C
Sediakan loyang ukuran 8 inci
Leserkan dengan butter dan lapik dasar loyang dengan kertas kek ~ ketepikan

Campurkan tepung, soda dan baking powder kemudian di ayak ~ ketepikan
Larutkan serbuk koko dan coklat emulco bersama air panas ~ ketepikan
Dalam bekas berasingan campurkan kuning telur, gula halus, bahan tepung yang telah di ayak, minyak dan esen vanilla, kacau rata
Kemudian masukkan larutan koko tadi dan sebatikan adunan.
Ketepikan

Dalam bekas pemutar, putarkan putih telur dari bahan B hingga berbuih
Tambahkan krim of tarta dan gula dan putar dengan speed laju hingga kembang, kakau dan bertanduk.

Ambil 1/3 adunan bahan B dan kaup balik dalam adunan dari bahan A ( adunan koko)
Tuangkan baki adunan dan kaup balik rata. 

Tuang adunan dalam loyang dan bakar dalam ketuhar suhu 180C selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna.
* kek ini juga boleh di bakar dengan kaedah steam bake
Bila kek dah masak, sejukkan atas redai
Potong kek yang telah sejuk kepada 3 kepingan ~ ketepikan



Chocolate Mousse

250 gm Non Dairy Whipping Cream
150g dairy
50 gm serbuk koko
80 gm gula halus
1 sudu rata Gelatin
4 sudu besar air panas

Larutkan gelatin dalam 4 sudu besar air panas
Caranya ~ etak air panas dalam cawan dan taburkan gelatin di atasnya, biarkan ia kembang dan melarut. Jika masih tak larut panaskan secara kaedah double boiler.

Sementara itu satukan serbuk koko dan gula dan ayak

Dalam bekas pemutar, putar Non Dairy Whipping Cream hingga kental
tambahkan serbuk koko, gula, paste moca dan pukul kelajuan perlahan
Akhir sekai masukkan larutan gelatin

Kaedah Penyediaan
Pisang secukupnya ~ di belah 2
Air Nescafe untuk melembabkan kek 
Ganache coklat secukupnya ~ Duyung tak sertakan resepi tapi boleh rujuk resepi ita di bawah

Letakkan sepotong kek span atas lapik kek
Letakkan mousse coklat dan ratakan
Susunkan potongan pisang di atasnya kemas
Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan mousse cokat dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras
Bila dah mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan ganache coklat dan hias dengan kreativiti masing-masing 

* Untuk mengeakkan pisang mudah lebam, rendam pisang dalam perahan air lemon