Kek Tunang Fondant

Author: Unknown // Category: , ,


Figurine fondant.. ni pertama kali hendak buat figurine, orang tunang. huhu.. Rupanya buat fondant macam ni agak leceh dan byk masa yang perlu diperuntukan untuk buat figurine itu sahaja.. Maklumlah, main dengan bende kecil2 dan fondant yang kadang menjadi sticky bila lembap. Sangat mencabar bagi orang yang pertama kali mencuba macam saya ni.. Buat bende ni memang perlu ketelitian dan kesabaran yang tinggi..  


Apapun alhamdulillah, siap juga kek ini akhirnya... Pilihan based cake kali ni adalah kek rainbow, so pic rainbow dalam kek adalah macam gambar kecil di bawah ni..



Cake with the box. Esok tinggal nak decor kotak luar dia pula...


Semoga majlis pertunangan Sufi nanti diberkati dan berjalan dengan baik dan sempurna..  Maaf ye atas segala kekurangan.. ^_^

Rainbow Cake

Author: Unknown // Category:



Kek pelangi.... Huahua.. Selalu dok buat kek karamel pelangi je kan and now buat kek lapis pelangi pula...


Piece of cake ...



Nama pun kek lapis kan so cara bakar pun kene la selapis demi selapis.. Hope hasilnya tidak mengecewakan la hendaknya..


Adunan yang telah siap dibahagi dan diwarnakan.. Jom kita tengok resepi dia... ^_^



Resepi Rainbow Cake

Bahan bahan:
250g mentega/ butter
200g gula castor
220g tepung kek/ gandum
1 sk baking powder
4 biji telur (gred A)
3/4 cawan susu segar/susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna

Cara Penyediaan:
1. Pukul mentega dan gula castor sehingga kembang dan putih.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila. Gaul hingga rata.
4. Bahagi adunan kepada 5 @ 6 bahagian. Warnakan mengikut warna yang disukai. (Rasanya lebih baik buat 5 lapisan saja agar tidak nipis dan mengelakkan keras bila dibakar)
5. Bakar adunan selapis demi selapis selama 15 minit pada suhu 150.
6. Setelah kek masak, biarkan sejuk baru dan lapis dengan krim.
7. Salut kek dengan toping mengikut frosting yang disukai.. 

Pandan Layer Cake

Author: Unknown // Category:


Morning.. Hujung-hujung minggu ni dengan cuaca yang mendung jom kita layan kek lapis pandan.. Hero saya kata kek salji.. Salji pun salji la... 

Kek ni lebih sedap makan time sejuk.. Syokkk gitu dengan lemak2 dan lembap2 kastad pandan... Yummie..

KEK SPAN PANDAN
150 gm tepung kek/ gandum/ super fine
150 gm gula kastor 
5 biji telur telur (gred A)
1 sudu besar ovalette 
80 ml susu segar / air pandan
80 ml minyak / mentega cair 
1 sudu teh pes pandan 
1 sudu teh baking powder
sedikit pewarna hijau


KASTAD PANDAN
Bahan A
500 ml air daun pandan 
1 sudu makan serbuk agar-agar segera
180 gm gula kastor 

Bahan B
400 ml santan pekat 
85 gm tepong hoen kwee
1 sudu teh pewarna hijau 
secubit garam

Untuk hiasan
1 cawan kelapa kering



CARA PENYEDIAAN KEK SPAN:
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masukkan ovalette dan pukul hingga ringan dan gebu.
Masukkan tepung dan serbuk penaik.
Masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau.
Pukul lagi sehingga aduan kek menjadi lebih ringan. ( tinggikan kelajuan sedikit)
Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati. 
Sediakan loyang ukuran 8inci dan griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius
Bila dah masak keluarkan dari oven dan  lebih kurang 5 minit telangkupkan atas redai kek Untuk elak kek mendap atau penyek
Bila dah sejuk kek span di hiris kepada 2 @ 3 bahagian. Ketepikan

CARA PENYEDIAAN CUSTARD:
Untuk custard campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. 
Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau hingga gula hancur.

Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. 
Masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. 
Sediakan acuan bulat atau petak mengikut loyang kek yang diguna (guna jenis loose tin lagi mudah untuk keluarkan kek)
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan dan tuang kastad.
Letakkan lapisan kedua dan seterusnya. Ulang langkah ini sampai kek habis dilapis
Tabur sedikit kelapa kering agar melekat sedikit pada kastad
Hentakkan sedikit acuan agar kastad padat dibahagian bawahnya. 
Tunggu kek sejuk dan masukkan dalam peti sejuk
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . 
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa.

Sedap ketika makan semasa sejuk.. Lemak lemak manis dan gebu gitu.. Yummie ^_^

Rusian Black And White Cake

Author: Unknown // Category: ,



Kek Coklat Lembab

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan dan ayak semua bahan

Bahan B
3 biji telur (saiz A)
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung
2 sudu besar susu pekat manis (Untuk dapatkan kek yang lebih moist dan lembut )

Bahan D
250 ml air panas

Cara Penyediaan
Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair
Pukul hingga sebati
Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.



Krim Keju Moca

Bahan A
12 gm halal gelatin
60 gm air

Bahan B
400 gm krim keju
2 sudu teh Nescafe segera ~ boleh juga letakkan pes Moca
60 gm gula icing

Bahan C
300 gm Krim Putar bukan tenusu

*Satukan gelatin dalam air
Kemudian cairkan secara kukusan


Cara Penyediaan

Satukan bahan B
Pukul hingga lembut
Campurkan gelatin dan pukul hingga licin
Dalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais


Chocolate Ganache

Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos ~ ita lupa nak letak dalam gambar
*sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek

Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega
1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka

Cara Penyediaan
Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
Sejukkan
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais



Kaedah Penyediaan

Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan
Letakkan 1 keping kek atas lapik kek
Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata.
Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek
Ini bertujuan untuk melembabkan kek
Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca
Lakukan berselang seli sehingga habis
Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe.
Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong
Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek

Kemaskan tepi kek
Simpan sebentar dalam peti ais
Kemudian salutkan atau lempa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek
Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras

Ambil lebihan Garnache dan cairkan dengan kaedah kukusan Double boiler
Alihkan kek atas redai
Alas redai dengan loyang supaya lebihan garnache tumpah ke dalamnya
Tuangkan garnache atas di tengah kek, kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan menyaluti keseluruhan kek
rehatkan sebentar

Simpan kek dalam peti ais hingga ganache mengeras
Hias kek mengikut kreativiti.