Biskut - Almond London

Author: Unknown // Category:


Almond london, antara biskut yang disukai ramai menjelang lebaran.. Terutama kanak- kanak maklumla biskut berunsur coklat kan.. 

Bagi yang mempunyai ahli keluarga yang ramai atau tetamu yang ramai di musim raya ni mungkin lebih jimat buat sendiri kerana biskut ni agak mahal diluar berbanding biskut yang lain kerana bahan- bahannya juga mahal.. Kacang almond saja sekilo sekitar rm 29-32 sekilo.. Coklat masakan biasa sekitar rm20 sekilo.. Jadi tak hairan la harga dia agak mahal... Ni kita share resepi biskut almond london yang biasa kita guna..


Resepi Almond London

Bahan-bahan:
250g butter/ mentega
400g tepung gandum
60g gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila

Coklat masakan
Badam cincang
Paper Cup

Cara Penyediaan:
1.Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan kuning telur dan kacau sebati
3. Ayak tepung dan esen vanila
4. Gaul sebati sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
5. Bentuk kan bujur dengan meletakkan kacang badam di dalam
6. Bakar dengan suhu 150• selama 30 minit
7. Sementara tunggu biskut disejukkan, cairkan coklat di atas air yang mendidih dengan cara double boiler
8. Apabila biskut telah sejuk celupkan kedalam coklat yang telah cair..
9. Masukkan dalam paper cup dan taburkan cincangan badam..
10. Tunggu sehingga coklat mengeras dan bolehlah disusun kedalam balang.. Yummie



0 Responses to "Biskut - Almond London"

Post a Comment