10 Tips Menghasilkan Kek Terbaik

Author: Unknown // Category:

Berikut 10 tips untuk menghasilkan kek terbaik :

1. Kaji resipi. Lihat senarai bahan-bahan dan alat yang diperlukan terlebih dahulu dan pastikan mempunyai semua peralatan dan bahan sebelum mula membuat kek.

2. Pastikan tidak diganggu ketika membuat kek (dari segi emosi dan fizikal).

3. Gunakan hanya bahan-bahan terbaik dan berkualiti untuk kek anda. Kek mesti sedap dimakan sesedap mata memandang.

4. Mulakan dengan permukaan yang bersih. Sedikit kekotoran yang melekat pada icing yang putih akan mencacatkan kek anda.

5. Susun semua peralatan yang perlu digunakan dalam sebuah dulang kecil berhampiran anda seperti seorang doktor yang ingin melakukan pembedahan di hospital.

6. Ikut resepi langkah demi langkah. Jangan cuba mengubah resepi sesuka hati. Baking adalah sains.

7. Pastikan /biarkan royal icing dan lukisan (painted details) pada kek kering sepenuhnya sebelum menambah sentuhan terakhir seperti kilauan mutiara, atau tambahan cat emas atau perak.

8. Jika / melakukan rekaan aising yang rumit yang boleh memakan masa beberapa hari untuk siap, gunakan kek buah-buahan kerana kek span akan rosak selepas sehari.

9. Apabila membuat kek perkahwinan atau kek bertingkat untuk majiis khas, boleh juga letakan jenis kek yang berlainan pada setiap tingkat untuk memberikan pilihan kepada tetamu yang datang. Anda boleh gunakan kek coklat, kek lemon atau kek carrot dan bukannya hanya menggunakan kek buah-buahan sahaja untuk setiap tingkat. Ia mungkin lebih menarik dengan cara ini.

10. Jangan berputus asa jika kek tidak menjadi pada percubaan pertama. Teruskan cubaan , praktis dan pengalaman adalah rahsia untuk kejayaan. Sudah tentu ia membantu jika secara semula jadi memang berseni.

Semoga bermanfaat  dan selamat mencuba... ^_^

10 Tips Proses Membuat Coating / Aising kek

Author: Unknown // Category:

Berikut 10 Tips membuat Aising kek dan proses penyejukan kek:
  1. Biarkan kek sejuk sepenuhnya dalam acuan kek di atas rak wayar selama 15-20 minit sebelum mengeluarkan dari acuannya.

  2. Jika anda membakar cupcake, keluarkannya dari dulang pembakar dengan serta-merta selepas dibakar dan letakkan cupcake di atas rak dawai untuk disejukan.

  3. Setelah betul-betul sejuk, bungkus kek dalam bungkus plastik cling wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum dipotong , atau terus di aising.

  4. Sentiasa letakan kek di atas papan kek yang disalut foil nipis yang bersaiz saiz & bentuk sama dengan kek untuk memudahkan proses aising/menghidang dan lain-lain.

  5. Berus lapiran luar kek jika terdapat serbuk-serbuk kek dengan memggunakan berus pastri silikon sebelum memulakan mengaising kek.

  6. Letakan lapisan filling kek dengan rata beg pastri 18 ” dengan hujung bulat yang besar.

  7. Sapukan lapisan aising secara nipis untuk menutup (seal) serbuk kek, kemudian letakkan di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum meletakan lapisan kedua aising.

  8. Gunakan palet mengimbangi pisau palet/spatula aising untuk mengaising bahagian atas kek, dan palet pisau lurus /spatula aising untuk sebelah sisi kek. Gunakan bench scrapper untuk bahagian sudut (edge) yang sangat licin dan kemas..

  9. Jika tidak mempunyai masa untuk meletakan aising pada kek anda, percikan taburan gula aising pada kek . Ini akan memberikan rasa dan kelihatan hebat pada kebanyakan kek.

  10. Untuk memberikan kek dengan kemasan berkilat, boleh gunakan pengering rambut dengan kepanasan sederhana pada bahagian luar kek sebaik saja sebelum menghidang kek itu atau sapu krim dengan menggunakan pisau yang direndam dengan air suam/panas.

Semoga memberi manfaat dan Selamat mencuba  6_^ ..


Kek Chiffon Vanilla Chocolate

Author: Unknown // Category:




Kek chiffon zebra yang sangat gebu.. kombinasi coklat dan vanila memang best..  
kek chiffon rasa sangat lembut, gebu dan sejuk di mulut. Sekejap je licin. 
My hero sangat suka dan best katanya kalau makan kek ni.

Resepi kek chiffon boleh follow kat link ni.

Selamat mencuba..



Kek Chiffon Strawberry Chocolate

Author: Unknown // Category:




Kali ni buat kek marble chiffon berperisa strawberry chocolate pula. suka sangat dengan kek chiffon ni sebab sangat gebu dan sedap..
Rasa gebu dan sejuk je bila masuk dalam mulut..

Resepi basic kek chiffon boleh follow link ni ye.. Cuma boleh ubah flavour apa nak guna..

Selamat mencuba..



Kek Chiffon Coklat

Author: Unknown // Category: ,




Bahan A 
4 kuning telur A
135 ml air / susu cair
85 ml minyak jagung
100g gula halus
135 tpg gandum
15g serbuk koko
1 camca teh baking powder
1 camca teh vanilla
1/4 camca teh garam halus

Bahan B (meringue)
4 putih telur
90g gula halus
Secubit cream of tartar

Cara penyediaan

1. Pukul bahan B (meringue) sehingga benar-benar kembang. Untuk pastikan kembang, ia akan menjadi kental dan tidak jatuh apabila mangkuk diterbalikkan @ akan mnjadi seperti tanduk bila adunan di tarik2 ke atas.

2. Dalam mangkuk lain, pukul bahan A sehingga sekata. Bila dah sekata sendukkan adunan B ke dalam adunan A dan kaup terbalikkan sehingga sebati..

3. Bakar 140• selama 45 minit @ sehingga ia masak.

4. Tunggu sejuk dan ia sedikit kecut dari tepi loyang untuk mudah keluarkan dari loyang..

5.Sedia untuk dihidang.. Sangat gebu dan sedap...

Kek Batik

Author: Unknown // Category:



Kek batik antara kek yang sedap dan sangat mudah nak sediakan. Tak perlu oven dan juga set mixer, so sesiapa sahaja boleh sediakan di rumah..

Ni kita share resepi n sukatan yang selalu orang guna.. Tapi secara jujurnya saya tak follow sangat sukatan dibawah.. Sebab tiap kali buat hanya agak-agak dan ikut based on bahan yang ada pada masa tu, dan selalu nya saya akan kurangkan penggunaan milo dan lebih kan koko sebab milo kan mahal, hihihi.. Susu pekat juga saya akan kurangkan sedikit dan gantikan dengan gula biasa sahaja .. Pada yang baru nak cuba tu boleh follow sukatan dibawah, sure menjadi, yummie...


Bahan-bahan
200g Milo
250g butter
3 sudu makan koko
1 tin kecil susu pekat
1/2 cawan air (jika perlu)
500g Biskut Merry @ secukupnya

Cara Penyediaan:
1. Cairkan kesemua bahan-bahan kecuali biskut Merry di atas kuali dengan api yang kecil
2. Kacau rata sehingga kesemua bahan larut sebati
3. Apabila ia agak pekat dan berbuih, masukkan biskut Merry
4. Kacau sebati dan tutup api
5. Masukkan ke dalam loyang/ bekas dan tekan-tekan adunan sehingga padat
6. Tunggu sehingga ia sejuk. Apabila sejuk boleh la mula memotong kek batik.