Tart Blueberry Gulung

Author: Unknown // Category:


Tart blueberry tak juga kurang enaknya seperti tart nenas.. aroma dan masam manis blueberry  buat kuih ni lagi best dan sedap. Sangat syok bila kerapuhan tepung tu bercampur dengan masam manis blueberry di dalam mulut.... yummie..


Resepi Tart Blueberry Gulung

Bahan-bahan:
250g butter/ mentega
400g tepung gandum -(kalau nak rasa yang rapuh & gebu boleh guna 300g tpg gandum + 100g tpg jagung)
50g gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1sudu minyak sapi (optional)
Sedikit pewarna ungu / esen blueberry

Jem Bluerry/ Bluerberry Filling secukupnya

Cara Penyediaan:
1.Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan kuning telur dan kacau sebati
3. Masukkan sedikit pewarna ungu
4. Ayak tepung dan esen vanila
5. Gaul sebati sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
6. Terap adunan / tekan memanjang menggunakan acuan semprit
7. Letakkan jem blueberry dan gulung membaluti inti
9. Bakar dengan suhu 150• selama 30 minit / 170• selama 15-20 minit
10. Tunggu sehingga biskut sejuk dan bolehlah disusun kedalam balang.. Yummie

* jem blueberry tu boleh dapatkan yang siap di kedai bahan-bahan kek dan biskut.


Tart Nenas Gulung

Author: Unknown // Category:


Assalamualaikum n salam sejahtera.. Alhamdulillah sudah nak sampai ke penghujung bulan puasa kita.. Semoga kita dpt limpah rahmatnya di bulan yang
Mulia ni.. Rasanya da ramai yang dah mula buat kuih raya kan, sedap aroma biskut yang dibakar kat dapur tu kan..

Malam tadi da siap operasi tart nenas.. hehehe.. Alhamdullillah anak yang sulung pun rajin juga membantu rupanya, keadaan di dapur tahun ni agak kecoh sikit dengan telatah 2 boboy tu..

Tart nenas ni merupakan kuih yang wajib ada setiap kali hari raya bagi kami sekeluarga. Family lain pun semestinya ada juga yang begitu kan..


Resepi Tart Nenas Gulung

Bahan-bahan:
250g butter/ mentega
400g tepung gandum -(kalau nak rasa yang rapuh & gebu boleh guna 300g tpg gandum + 100g tpg jagung)
50g gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1sudu minyak sapi (optional)

Cara Penyediaan:
1.Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan kuning telur dan kacau sebati
3. Ayak tepung dan esen vanila
4. Gaul sebati sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
5. Terap adunan / tekan memanjang menggunakan acuan semprit
6. Letakkan jem nenas dan gulung membaluti nenas
7. Bakar dengan suhu 150• selama 30 minit
8. Tunggu sehingga biskut sejuk dan bolehlah disusun kedalam balang.. Yummie


Jem Nenas
5 biji nenas - disagat dan tos air
1.5 kg gula

Kacau hingga nenas menjadi agak kering dengan api yang kecil.


Biskut - Almond London

Author: Unknown // Category:


Almond london, antara biskut yang disukai ramai menjelang lebaran.. Terutama kanak- kanak maklumla biskut berunsur coklat kan.. 

Bagi yang mempunyai ahli keluarga yang ramai atau tetamu yang ramai di musim raya ni mungkin lebih jimat buat sendiri kerana biskut ni agak mahal diluar berbanding biskut yang lain kerana bahan- bahannya juga mahal.. Kacang almond saja sekilo sekitar rm 29-32 sekilo.. Coklat masakan biasa sekitar rm20 sekilo.. Jadi tak hairan la harga dia agak mahal... Ni kita share resepi biskut almond london yang biasa kita guna..


Resepi Almond London

Bahan-bahan:
250g butter/ mentega
400g tepung gandum
60g gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila

Coklat masakan
Badam cincang
Paper Cup

Cara Penyediaan:
1.Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan kuning telur dan kacau sebati
3. Ayak tepung dan esen vanila
4. Gaul sebati sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
5. Bentuk kan bujur dengan meletakkan kacang badam di dalam
6. Bakar dengan suhu 150• selama 30 minit
7. Sementara tunggu biskut disejukkan, cairkan coklat di atas air yang mendidih dengan cara double boiler
8. Apabila biskut telah sejuk celupkan kedalam coklat yang telah cair..
9. Masukkan dalam paper cup dan taburkan cincangan badam..
10. Tunggu sehingga coklat mengeras dan bolehlah disusun kedalam balang.. Yummie



Roti John Mudah dan Sedap

Author: Unknown // Category:

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan... Semoga ibadah kita di bulan yg mulia ini diterima dan Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua..

Sebut pasal bulan puasa ni semestinya ada juadah favourite masing2 untuk berbuka puasa kan... Hehehe..

Roti John....

Yezza... Roti John ni dish wajib family kami.. Tiap hari mesti buat walau dah ada kuih2 lain... Dulunya En. Husband selalu mencari roti john yg marvelous n mantop.. Kadang tu sampai pernah dpt yg isi mcm hampeh, byk sayur dari inti, mahal plak tu.. Geram kalau jumpa org meniaga yg hanya nak untung lebih kan... Ermm jwb la sendiri nanti yer..

Tapi untuk lebih puaskan hati suami jom kita buat sendiri, penyediaannya pun mudah jer, yg pastinya kesucian hidangan lebih diyakini gitu... Nak  byk mana isi pun no problem.. Hua hua hua.. En.husband pun da tau kalau tnampak stok roti frankfurter tu da abis dia sndiri akan p beli tanpa disuruh. So wife dia pun paham2 la kan, da itu favourite dia kene la juga buatkan walau pun kdgkala wife dia da bosan tiap2 ari wt bende y sama... tapi bosan tu akan hilang bila tengok menjelang malam roti john ni yang akan habis dulu berbanding kuih2 lain (anak n papa dia la yang akan kasi licin).. Hehehehe..

Ni kita share resepi yg agak mudah tuk prepare walau last2 minit nak dekat berbuka puasa pun masih boleh buat.. Masa tuk masak sekejap sahaja..





Resepi Roti John


Inti
Daging cincang/ boleh juga guna daging burger yang dicincang
Bawang merah - hiris mayang/ potog dadu
Bawang putih - hiris mayang/ potong dadu
Serbuk kurma/ serbuk kari
Blakpaper/ lada sulah

Telur
Roti frankfurter

Sayur2 seperti kubis, carrot.. Hiris nipis.. Nak buat terus seperti salad sayur pun boleh or letak kemudian terus masa penyediaan..

Cara Penyediaan

Tumis bawang, masukkan daging cincang. Kemudian masukkan serbuk kurma, blackpaper, garam.. Boleh juga masukkan sos tiram. Bila da masak ketepikan dulu... Flavour daging tu boleh ikut selera masing2 nak pedas or apa,, so tiap hari leh tukar2 flavour spt kari, kurma, tiram, dll supaya tak adala bosan nanti.. 

Dlm mangkuk lain pecahkan telur mcm nak buat telur dadar, masukkan garam, saya suka tambah daun sup.. Kemudian masukkan cincangan daging tadi.. 

Masak atas non stick / frying pan.. Bila da hampir masak/ separuh masak letakkan roti atas telur tadi.. Tunggu sehingga benar2 masak... 

Bila da masak letakkan sayur2 yg telah dihiris tadi, tambahkan mayonis, dan sos cili... Siap n ready to serve... Senang je kan..  Selamat berbuka puasa... 




Kek Tunang- Erana & Zulkifli

Author: Unknown // Category: ,


06+07 =13, nice date.. 06 07 2013 hari bersejarah buat cute sis n couple Erana n Zulkifli. Misi last week tempoh ari untuk siapkan 2 biji kek utk pasangan yg dirai ni.. 

semoga hubungan kalian berkekalan hendaknya.. amin...


Kek hantaran





Kek Santapan family.. hihihi :)